Access Point Name(APN) berfungsi sebagai perantara yang mengubungkan telefon bimbit dengan rangkaian telco yang anda sedang gunakan untuk tujuan capaian internet yang lebih baik.
Untuk simkad ONEXOX, APN sudah ditetapkan secara otomatik ke rangkaian CELCOM(ONEXOX merupakan MVNO kepada CELCOM). Anda boleh terus menggunakan internet tanpa perlu mengubah 'setting' APN.
ONEXOX juga mempunyai 'setting' APN yang tersendiri. Bagi yang mengalami masalah kelajuan internet, anda boleh cuba untuk ubah APN menggunakan 'setting' APN ONEXOX.
CARA SETTING APN
Android: Settings > Wireless & networks > Mobile network > Access point name > Create new APN
Berikut adalah dua 'setting' APN yang boleh digunakan untuk peranti Android:
Setting 1
Name: XOX
APN: xox
Setting 2
Name: XOX4G
APN: xox4g
iOS / iPhone: Settings > Mobile data > Mobile data options > Mobile data network > APN (XOX)
Anda boleh pilih untuk edit APN sedia ada, atau buat APN baru. Save dan restart telefon anda.
Tetapan APN di bawah untuk rujukan anda.