Untuk mengekalkan momentum anda perlu sentiasa mempunyai matlamat yang ingin dicapai.
Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah cara kehidupan kita yang dulu bebas bergerak ke sana dan ke sini. Seperti peniaga-peniaga kecil yang lain, aku juga amat terkesan kerana tidak dapat melakukan aktiviti perniagaan di kaki lima bank dan pasar tani (rembo).
Antara pengalaman-pengalaman merembo |
Sebelum Pandemik Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti rembo untuk mempromosi simkad jimat Onexox merupakan acara rutin aku pada setiap Sabtu dan Ahad. Banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui sepanjang rembo di kaki lima. Alhamdulillah, banyak juga simkad Onexox yang berjaya dijual.
Dalam kehidupan kita akan sentiasa diuji. Walau apapun yang berlaku, jangan mengalah dengan cabaran dan dugaan yang menimpa.
Malangnya apabila bermula tempoh PKP 1.0, aktiviti merembo tidak dapat diteruskan dan jualan simkad Onexox telah merosot. Ini amat membimbangkan. Berbagai usaha telah aku lakukan untuk meningkatkan jualan dan salah satu usaha yang telah aku lakukan ialah dengan mempromosi simkad Onexox secara 'online'.
Pihak syarikat juga telah memperkenalkan 'Onexox Online Store Affiliate Program' bertujuan untuk membantu para pengedar meningkatkan jualan secara 'online' dengan lebih berkesan.
Setiap pengedar Onexox akan diberi satu pautan affiliate yang unik dimana belian simkad secara 'online' akan direkod terus di bawah hiriki pengedar. User beli, HQ proses dan hantar, user daftar, pengedar terima komisen.
Scan QR code dibawah untuk contoh pautan affiliate Onexox.
Scan di sini! |
Kejayaan itu bukan kebetulan, ia hasil kerja keras. Seseorang yang berjaya bukan kerana tak pernah gagal tapi dia tak pernah berhenti.