Soalan-Soalan Lazim ONEXOX BLACK
Sila rujuk soalan-soalan lazim (FAQ) tentang pelan ONEXOX BLACK di bawah:
1) Apakah itu ONEXOX BLACK?
ONEXOX BLACK adalah satu ketegori pelan mudah alih yang baru dalam industri telekomunikasi. Ia merupakan sebuah pelan hybrid iaitu gabungan diantara dua pelan postpaid dan prepaid.
2) Apakah perbezaan di antara ONEXOX BLACK dengan pelan mudah alih konvensional yang lain?
TIADA PEMBAZIRAN
Kesemua data, minit dan SMS yang belum digunakan tidak akan dibawa kehadapan selamanya selagi akaun pelanggan masih aktife.
TIADA KONTRAK
Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.
24/7 INTERNET
BERKELAJUAN TINGGI
Tiada sekatan kelajuan internet dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada.
3) Bolehkah pelanggan ONEXOX PREPAID sedia ada menaik taraf ke pelan ONEXOX BLACK?
Boleh. Sila hubungi Onexox Authorised Dealer untuk info lanjut.
4) Bagaimana cara untuk mendapatkan simkad ONEXOX BLACK?
Simkad Onexox Black boleh dibeli secara online di laman web XOX Onlinestore. Lihat panduan membeli simkad melalui XOX Onlinestore di sini.
5) Berapakah bayaran pendahuluan yang akan dikenakan?
Ketika pendaftaran pelan ONEXOX BLACK dibuat, pelanggan perlu membuat bayaran pendahuluan mengikut pelan ONEXOX BLACK yang dipilih.
6) Bilakah kitaran bil ONEXOX BLACK yang seterusnya sekiranya pelanggan mendaftar pada 10 Januari 2021?
Kitaran bil ONEXOX BLACK seterusnya adalah pada 10 Februari 2021. Jika pendaftaran dibuat pada 29 hingga 31 haribulan, kitaran bil adalah pada 1 haribulan bulan berikutnya.
7) Apa yang berlaku kepada item-item di dalam kaunter Season Pass pelanggan ONEXOX PREPAID sedia ada setelah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?
Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK.
- Data yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
- Minit yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
- SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
- ‘Loyalty Point’ Kredit yang belum digunakan
Item yang tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK
- Tempoh sah
- SMS Percuma
- Data yang telah diaktifkan
8) Berapa banyakkah data yang akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK setelah pelanggan ONEXOX PREPAID sedia ada berjaya menaiktaraf?
Maksimum 100GB
Contoh, sekiranya pelanggan ONEXOX PREPAID sedia ada mempunyai 300GB di dalam kaunter SEASON PASS, hanya 100GB sahaja yang akan dipindahkan ke dalam akaun ONEXOX BLACK.
9) Berapa banyakkah data yang boleh dibawa dan dikumpulkan dibulan hadapan oleh pelanggan ONEXOX BLACK?
Maksimum 100GB.
10) Apakah yang berlaku sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK telah menggunakan kesemua data, minit dan SMS di dalam akaun ONEXOX BLACKnya?
Untuk minit, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat (7 sen untuk 30 saat pertama dan 8 sen untuk 30 saat kedua) dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.
Dengan syarat yang sama, pelanggan ONEXOX BLACK juga boleh memilih untuk membeli promosi ‘Happy Hour’ (333 minit @ RM30) atau pakej minit Season Pass (999 minit @ RM90) atau pakej kombo Season Pass (10GB + 333 minit @ RM80 dan 20GB + 333 minit @ RM130).
Untuk SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.
Untuk data, tiada kadar ‘pay per use’ dikenakan. Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi ‘Happy Hour’ atau mana-mana pakej Season Pass dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya dan jumlah GB di dalam akaunnya tidak melebihi 100GB setelah pembelian dibuat.
Data yang dibeli akan tersimpan di dalam akaun ONEXOX BLACK dan pelanggan boleh terus menikmati internet tanpa perlu mengaktifkan langganan data terlebih dahulu.
11) Adakah terdapat penyata bulanan dalam bentuk salinan digital atau bercetak kepada pelanggan ONEXOX BLACK?
Penyata bulanan salinan digital akan dihantar ke email yang telah didaftarkan tanpa bayaran.
Penyata bulanan bercetak juga boleh diminta dengan kadar RM5 setiap bulan. Sila pastikan alamat surat menyurat yang diberikan adalah tepat.
12) Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan dengan mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang lain?
Boleh. Pelanggan boleh menukar pelan yang dilanggan dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di talian 12273. Pelanggan mesti juga memastikan akaunnya tidak mempunyai apa-apa amaun yang tertunggak.
13) Bagaimana caranya untuk pelanggan ONEXOX BLACK membuat pembayaran?
Pelanggan boleh membuat bayaran melalui:
- Pengedar yang sah
- Aplikasi XOX Black / XOX Selfcare
- XOX Fast
- Jompay
- E- Wallet
- dan lain-lain.
Sila rujuk Cara Topup / Bayar Bil Onexox di sini.
14) Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menggunakan data, minit dan SMS daripada kaunter ONEXOX BLACK sewaktu akaunnya digantung atau disekat?
Pelanggan tidak boleh menggunakan sebarang data, minit dan SMS sewaktu akaunnya digantung atau disekat.
Digantung : Hanya boleh menerima panggilan dan SMS
Disekat: Tiada sebarang aktiviti dibolehkan.
15) Menukar semula ke pelan ONEXOX PREPAID pada bila-bila masa.
Pelanggan ONEXOX BLACK boleh menukar semula ke pelan ONEXOX PREPAID dengan nombor yang sama.
Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit, SMS dan ‘loyalty point’) yang terdapat di dalam akaun ONEXOX
BLACK tidak akan dipindahkan ke akaun ONEXOX PREPAID.
Pelanggan perlu memastikan tiada sebarang amaun yang tertunggak sebelum memohon penukaran semula ke pelan ONEXOX PREPAID.